02 October 2005

AKHIRNYA…TIARA BERJAYA JUGA…

Assalamualaikum pembaca-pembaca mulut jamban sekalian....
Terlebih dahulu mulutjamban nak memohon berbanyak ampun daripada anda semua kerana tidak dapat menyiapkan keputusan FFAP-50 semalam..Tetapi mulutjamban janji akan update secepat yang mungkin..Tetapi kebanyakan pemenang semalam adalah seperti apa yang mulutjamban teka..Wah,terer jugak ek mulutjamban jadi ahli nujum??
huhu sesungguhnya keputusan ni sangat adil dan saksama,cuma......ada sedikit corat coret yang menyedihkan sepanjang FFAP ke 50 berlangsung...Mulutjamban taknak tulis skang...Tunggu k!!!!
Huhu,sebenarnya skang mulutjamban nak cerita pasal Tiara,ala..Mummy Glamer kita tuh..
Sebenarnya isu ini telah lama terbuku di hati mulutjamban dimana mulutjamban begitu kepingin me ihat Tiara Jacquelina merangkul Anugerah..Tidak kiralah anugerah apa,tetapi sehingga ke hari ini beliau tidak pernah diiktiraf.

Kasihan sebenarnya mulutjamban melihatkan beliau.Bukan apa,saya lihat beliau mempunyai segala-galanya-Kecantikan,Kesungguhan dan Bakat yang seiring..Bakat lakonan Tiara sebenarnya mula diberi tumpuan apabila beliau melakonkan watak utama dalam filem epik dan termahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,PUTERI GUNUNG LEDANG...Dan itu, semua orang tahu....

Selepas itu,nama Tiara terus dijulang,tetapi bukan sebagai pemenang tetapi hanya sekadar mengisi senarai pencalonan akhir.Antaranya ialah PELAKON FILEM WANITA POPULAR ABP/BH 2004,tewas kepada Eera Fazira dan PELAKON FILEM WANITA TERBAIK FFM-18,juga tewas kepada Eera Fazira..

Mungkin rezeki Tiara belum kelihatan sebelum itu,tetapi benarlah kata-kata seperti “Niat Yang Ikhlas akhirnya Dibalas dan Ianya Berbaloi”…Akhirnya Tiara Jacquelina menang juga akhirnya,bukan pertandingan yang mempertaruhkan calon-calon dibumi sendiri..Tetapi lebih membanggakan diiktiraf di seluruh rantau Asia Pasifik.Beliau akhirnya dinobatkan sebagai AKTRES TERBAIK FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-50...Seolah-olah kes yang sama berulang terhadap Maya Karin,juga diiktiraf oleh karyawan luar tahun lalu.

Persoalannya sekarang,apakah mutu pengadilan Negara ini terlalu Naif,sehinggakan mereka yang benar-benar layak terus terpinggir di negara sendiri?? Apapun sekalung tahniah kepada Tiara,kerana berjaya mempertahankan trofi aktres terbaik.Juga tidak dilupakan kepada produkdi Filem PUA-Filem Pendek Terbaik dan AYOB IBRAHIM dari filem QAISY&LAILA-Muzik Terbaik..Malaysia bangga dengan kejayaan anda!!

(Chewah,mulut jamban ni..kalah wartawan..Pandai pulak la mulutjamban ni menulis artikel..Huhu…)


Image hébergée par www.image-dream.com Image hébergée par www.image-dream.com Image hébergée par www.image-dream.com

4 Komen:

Blogger Mary Morgan cakap...

Corporate Blogging On the Nigh
Well, that's cause many people got into blogging for the wrong reasons. They got in cause it was hot PR wise.
Find out how to buy and sell anything, like things related to music on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like music!

10:34 PM  
Blogger Gizmo cakap...

Hey, Great Blog!
I have a adult dating site/. It pretty much covers adult dating related stuff.
Come and check it out if you get time :-)

10:35 PM  
Blogger iwanshuaswad cakap...

hi mulut jamban.. nice starting.. well done... good writing... keep blogging dude!

2:11 AM  
Blogger Susan Hanson cakap...

Yahoo Releasing Blog Search
According to a Business Week article Yahoo will be releasing blog search sometime next week.
Find out how you can buy and sell anything, like things related to music on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like music!

2:38 AM  

Post a Comment

<< Utama