PGL DOMINASI PENCALONAN AKHIR FFAP-50
Assalamualaikum
Selamat bertemu kembali..Tidak ada apa yang hendak diperkatakan hari ini,cuma semua karyawan-karyawan seni seluruh Asia Pasifik sedang menantikan Keputusan Penuh untuk Festival Filem Asia Pasifik ke-50 malam ini...
Mulutjamban telah diberitahu tentang maklumat terkini senarai akhir pencalonan untuk FFAP50 ini...dan pastinya mulut jamban mahu berkongsikan hal ini dengan pembaca-pembaca blog mulutjamban sekalian.
PENCALONAN AKHIR KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN DALAM FFAP50
FILEM ANIMASI TERBAIK
1.Crawl Space (Australia)
2. Fireball ( Taiwan)
3. Olsh (Malaysia)
4. Qursany (Malaysia)
5. 5 Golden Millet Seeds (Vietnam)
(Dari kaca mulutjamban kategori ini bakal didominasi oleh filem Olsh dari Malaysia kerana Filem Animasi ini telah beberapa kali mendapat pengiktirafan besar di beberapa buah fesfival filem antarabangsa)
FILEM DOKUMENTARI TERBAIK/FILEM PENDEK TERBAIK
1.Pua (Malaysia)
2.Dhakiyyar VS The King (Australia)
3.The Salt Profession (Vietnam)
4.Paty Of Justice (Vietnam)
(Dari kacamata mulutjamban kategori ini bakal dimenangi sekali lagi oleh calon dari Malaysia iaitu Filem Pua yang begitu atristik pembikinannya .Turut menyaksikan Ning Baizura menyanyikan lagu tema Filem ini iaitu SENANG TARI.Mungkin saingan sengit hanya datang dari Paty Of Justice-(Vietnam) yg telah melalui satu fasa pembikinan yang begitu rumit sebelum berjaya disiapkan)
SUNTINGAN TERBAIK
1.Park Gok Ji- Tae Guk Gi (Korea)
2.Chen Xiao Dong- The Moon Also Rises (Taiwan)
3.Wong Hoi-Inirial D (Hong Kong)
4.Yoga K.Koesprato-Janji Joni (Indonesia)
5.Manop Boonwipas/Chatametikool-Shutter (Thailand)
(Dari kacamata mulut jamban kategori ini bakal dimenangi oleh filem Tae Guk Gi kerana suntingan yang begitu bermutu.Pemenang adalah dari Korea)
BUNYI TERBAIK
1.Hong Yong-Sung-Tae Guk Gi (Korea)
2.Sansab-Necromancer (Thailand)
3.Amonbong Meth-Akunvudh/Nakom Kositpaisarn-Shutter (Thailand)
4.Kinsong Tsang-New Police Story (Hong Kong)
5.Jun Nakamura/Fusao Yawaki-Samurai Commando-Mission 1549 (Jepun)
(Dari kacamata mulutjamban yang pernah melihat Shutter-Thailand.Pastinya sistem bunyi dari filem ini adalah yang terbaik.Tidak pasti siapakah pemenangnya,yang pasti bukanlah dari New Police Story,filem dari Hong Kong)
MUZIK TERBAIK
1.Seiji Kameda/Osamu Tsuruta Beat Kids (Jepun)
2.Ayob Ibrahim- Qaisy dan Laila (Malaysia)
3.Bobby Surjadi-Banyu Biru (Indonesia)
4.M Nasir/Tan Yan Wei-Puteri Gunung Ledang (Malaysia)
5.Chan Kong Wing-Initial D (Hong Kong)
(Dari kacamata mulutjamban sekali lagi ia bakal dimenangi kontigen Malaysia.Samada dari filem Qaisy dan Laila atau PGL,mulutjamban berat mengatakan anugerah ini bkal dimenagi oleh filem Puteri Gunung Ledang-Malaysia kerana muzik asli berteraskan elemen-elemen tradisional dan jawa bakal memikat hati juri)
PENGARAH SENI TERBAIK
1.Haznizar Ithnin- Puteri Gunung Ledang (Malaysia)
2.Tsuyoshi Shimizu-Samurai Commando-Mission 1549 (Jepun)
3.Fran XR Paat-Ungu Violet (Indonesia)
4.Rach Chhanon Khayannganwassas-Necromencer (Thailand)
5.Wong Ching/Choo Sung Pong/Oliver Wong-New Police Story (Hong Kong)
(Dari kacamata mulutjamban sendiri,pastinya sekali lagi mahu menobatkan PGL sebagai pemenang,tetapi mulutjamban harus akur bahawa saingan sebenarnya datang dari filem Ungu Violet,mugkinkah kali ini rezeki berpihak kepada mereka?)
SENIMATOGRAFI TERBAIK
1.Jason Kwan Chi Yiu- Puteri Gunung Ledang (Malaysia)
2.Hong G.Yung Pyo-Tae Guk Gi (Korea)
3.Yudi Datau-Ungu Violet (Indonesia)
4.Andrew Lau/Lau Yui Fai/Ng Man Ching-Initial D (HongKong)
5.Yves Cape-Buffalo Boy (Vietnam)
(Pening mulutjamban melihatkan senarai pencalonan akhir ini..Terlalu sengit..Sekali lagi ia bakal dimenangi oleh PGL,namun saingat tetap hadir dari Tae Guk Gi dan Ungu Violet tidak harus diperlekehkan)
LAKON LAYAR TERBAIK
1.Joko Anwar-Janji Joni (Indonesia)
2.Lin Cheng Sheng-The Moon Also Rises (Taiwan)
3.Yan Man Mak-Butterfly (Hong Kong)
4.Kang Ji Gyu/Han Ji Hoon-Tae Guk Gi (Korea)
5.Khosro Masoumi-Tradition of killing Lovers (Iran)
(Dari pandangan mulutjamban sendiri,pastilah Tae Guk Gi bakal mendominasi saingan.Tetapi Janji Joni tidakharus diperlekehkan.Tekaan mulut Jamban-Tae Guk Gi)
AKTRES PEMBANTU TERBAIK
1.Lian Jian Yu-The Moon also Rises (Taiwan)
2.Umie Aida-Qaisy Dan Laila (Malaysia)
3.Rima Melati- Ungu Violet (Indonesia)
4.Gohar Kheir Andish-Tradition Of Killing Lovers (Iran)
(No Comment kerana mulutjamban tidak pernah menonton filem dari Iran itu.Tetapi hatiku berat mengatakan pemenang datang dari negara itu.Juga tidak dapat dinafikan kehebatan Rima Melati dalam filem Ungu Violet,lakonan yang begitu hebat dan berkesan!)
AKTOR PEMBANTU TERBAIK
1.Won Bin-Tae Guk Gi (Korea)
2.Puttichai Ammaratal- Shutter (Thailand)
3.Anthony Wong-Initial D (Hong Kong)
4.Alex Komang-Puteri Gunung Ledang (Malaysia)
5.Nong Cha Cha-Beautiful,Wonderful,Perfect (Vietnam)
(Bagi pendapat mulutjamban Won Bin dari filem Tae Guk Gi akan menggondol anugerah ini.Saingan sengit bakal diterima daripada Anthony Wong dalam filem Initial D yang menampilkan lakonan hebat dan cukup berkesan)
AKTRES TERBAIK
1.Tiara Jacquelina-Puteri Gunung Ledang (Malaysia)
2.Yang Kuei Mei-The Moon Also Rises (Taiwan)
3.Soo Ae- A Family (Korea)
4.Natthaweeranuch Tongmee-Shutter (Thailand)
5.Dian Sastrowardoyo-Ungu Violet (Indonesia)
(Terbeliak mata mulutjamban apabila melihan senarai akhir kategori ini.Mulutjamban awal-awal lagi telah memasang impian mahukan Tiara Jacquelina mengungguli kategori ini.Tetapi mulutjamban berfikir seketika,calon dari Thailand juga hebat.Mungkinkah pelakon filem shutter itu akan merampas trofi itu dari PGL.Sesuatu yang tidak mengejutkan andai pelakon shutter ini menang sebagaimana Maya Karin,juga melalui filem seram tahun lalu)
AKTOR TERBAIK
1.Nicholas Saputra-Janji Joni (Indonesia)
2.Jackie Chan-New Police Story (Hong Kong)
3.Jang Dong Gun-Tae Guk Gi (Korea)
4.Lee The Lu-Buffalo Boy (Vietnam)
5.Jo Hyun-A Family (Taiwan)
(Mulutjamban rasa Jang Dong Gun akan menang! Tengoklah,kalo ada rezeki,pelakon Buffalo Boy,Lee The Lu juga bakal menang.Yang pasti Nicholas Saputra takkan menang.Macam manalah pencalonan akhir ni di buat..Choii..)
PENGARAH TERBAIK
1.Kang Je-Gyu-Tae Guk Gi (Korea)
2.Khosro Masoumi-Tradition Of Killing Love(Iran)
3.Lee Jung-Chul- A Family (Korea)
4.Nguyen Vo Nghiem Ming- Buffalo Boy (Vietnam)
5.Lim Cheng Sheng-The Moon Also Rises (Taiwan)
(Sekali lagi anugerah ini bakal menjadi milik pengarah filem Tae Guk Gi-Korea,entah knapa mulutjamban rasa anugerah FFAP50 ini seharusnya menjadi milik mereka)
FILEM TERBAIK
1.Tae Guk Gi (Korea)
2.Puteri Gunung Ledang (Malaysia)
3.Tradition of Killing Lovers (Iran)
4.Janji Joni (Indonesia)
5.Buffalo Boy (Vietnam)
(Mulutjamban rasa Puteri Gunung Ledang akan menang.Mungkinkah ia bakal menamatkan penantian Malaysia.Sejak anugerah FFAP ini mula diwujudkan,tidak pernah sekalipun Malaysia diangkat selaku filem terbaik.Juga spekulasi mengatakan bahawa festival ini di buat di Malaysia,seharusnya kita yang berhak di atas kemenangan.Harus diingat bahawa saingan datangnya dari Tae Guk Gi yang begitu hebat pembikinannya.Mungkin tidak semahal PGL,tetapi elemen komersial,kekeluargaan dan emosi yang terlalu kukuh mungkin menjadi elemen paling layak untuk menobatkan Tae Guk Gi sebagai pemenang)
Sama-samalah kita nantikan detik-detik kemuncak FFAP ke-50 malam ini..Bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria tepat jam 8.30 malam

4 Komen:
New Search Engines Help Users Find Blogs
OTHER FREE FEATURES The Easy Money People Ignore As open-enrollment season dawns, we review the four big excuses that people make for not setting money aside in flexible-spending accounts -- and we find them ...
Hi, I was just blog surfing and found you! If you are interested, go see my printers related site. It isnt anything special but you may still find something of interest.
Hi, I am new to blogging, so I am visiting blogs to see how it's done. Yours
is very professional - well done. I have a free
advertising site for blogs if you are interested. Good luck with your blog.
PR folks are quickly figuring out blogs and podcasts
At that time, there was some sense that blogs were important. But no one had any idea who - if anyone in IT marketing land - was going to track blogs or to try and work within the blogosphere in any way to ...
Hey, you have an impressive blog here! Excellent job. I have a cheap hgh site. It pretty much
covers cheap hgh related stuff.
Come and check it out when you get time :-)
Hey, you have a great blog here! I'm definitely going to bookmark you!
I have a free lotto sites directory site/blog. It pretty much covers free lotto sites directory related stuff.
Come and check it out if you get time :-)
Post a Comment
<< Utama